CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 10, 2008

Soalan 1

Apabila anda membuat satu trangsaksi, banyak syarikat mengunakan komputer dan sistem maklumat untuk mengumpulkan maklumat data tentang anda separti nama anda, alamat, nombor telefon, hobi dan rekod pinjaman dan kewangan tanpa persetujuan dan tanpa memberi anda peluang untuk mengenal pasti maklumat tersebut. Apakah potensi masalah yang anda lihat dalam kes di atas? Terangkan jawapan anda.

Jawapan – Trangsaksi yang kebanyakkannya dilakukan dengan menggunakan komputer dan sistem maklumat yang mempunyai data-data mengenai peribadi pelanggan ataupun seseorang indivitu. Tetapi terdapat syarikat yang menyalahgunakan data-data peribadi yang diberi untuk kesenangan sesetengah pihak tanpa mendapat kebenaran dari individu yang sepatutnya. Contoh-contoh masalah yang berpotensi berlaku ialah seperti berikut: 1) Maklumat peribadi disalahgunakan seperti seseorang boleh menyamar diri dengan menggunakan maklumat yang ada dan melakukan sesuatu jenayah yang membuatkan maklumat orang yang diguna telah mendapat nama yang buruk. 2) Maklumat yang diperolehi juga membolehkan seseorang itu mengambil kesempatan menggunakan data-data yang ada dengan memecah masuk akaun bank mangsa atau menggunakan data-data tersebut membeli sesuatu barang dan menggunakan nombor akaun mangsa dan mangsa yang perlu membayar barang-barang yang telah dibeli oleh penjenayah tersebut walaupun pada hakikatnya bukan mangsa yang membuat penbelian tersebut. Cara penyelesaiannya ialah: 1) Menggunakan cop jari pada sistem maklumat agar dapat memastikan bahawa maklumat atau data-data yang diberikan adalah betul yang tidak akan mendatangkan permasalahan didalam sesuatu perkara. 2) Pihak yang berkuasa menguatkan sistem perundangan yang khusus untuk penyalahgunaan seperti perkara yang telah diterangkan diatas dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kelakuan yang tidak bermoral ini. Pihak yang bertanggungjawab perlulah membuat pemantauan bagi mengelakkan penyalahgunaan ini berleluasa.

0 comments: